• About
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Contact

T2uChannel

T2uChannel adalah sebuah blog emajalah yang berkongsi resepi,fesyen,hobi,gadget,artikel menarik,berita dalam dan luar negara,perkembangan artis tanah air dan artis antarabangsa serta review.

  • Home
  • Berita
    • Berita Dalam Negeri
    • berita Luar Negara
    • perniagaan
  • Hiburan
    • artis Tanah Air
    • Luar Negara
  • Lifestyle
    • Review
    • Resepi
    • Tips
  • Panas
    • Viral
    • kisah benar
  • Pereka Laman Web
  • media blog
Home » Artikel Menarik » Kisah Seram » Kisah Seram Siapa Jilat Tengkuk Aku?

Kisah Seram Siapa Jilat Tengkuk Aku?

top 2u channel
Add Comment
Artikel Menarik, Kisah Seram
Ahad, 20 Disember 2015
Media Kisah Realiti Di hujani email-email dari pembaca yang mahu kisah mereka di siarkan serta di kongsi kan buat tatapan semua,terima kasih buat anda yang menghantar kisah-kisah menarik anda.

kali ini admin akan berkongsi kepada anda sebuah kisah Seram Siapa Jilat Tengkuk Aku?
Tentu saja kisah yang akan anda baca ini akan menaikkan bulu roma anda,mari kita ikuti kisah ini yang di kongsikan oleh Joe Berasal dari Sebuah Daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus.


Pengalaman melalui kisah seram ini berlaku sewaktu aku berusia 18 tahun,Selesai dari menduduki Peperiksaan SPM,aku tidak menyambung pelajaran dan hanya menjadi penganggur di kampungku.

Ayahku seorang pemandu lori,maka banyak tempat yang dia pergi untuk menghantar barangan,kadangkala aku mengikuti ayahku,namun aku lebih banyak masa di kampung atau di rumah kerana sekurang-kurangnya aku dapat menjaga ibu serta adik beradikku,sementara ayah bekerja di luar kawasan.


Di Jadikan cerita,suatu malam lebih kurang 8 malam,Ayahku menghubungiku,ketika itu ayah sudah sampai di bukit putus untuk ke Pahang menghantar barangan ke sana.

Ayah memintaku untuk menghantar ic serta dompetnya yang tertinggal di rumah,maka nak tak hendak terpaksalah aku pergi menghantarkannya dengan menaiki motor Ex5 ku.

Sebelum aku pergi ke bukit putus untuk menghantar dompet ayah,aku jenuh menghubungi kawan-kawanku untuk menemaniku ke sana,Tetapi ada saja alasan mereka,akhirnya aku seorang diri juga yang ke sana tanpa di temani sesiapa.

Perasaan seram tetap ada,bagi menghilangkan rasa seram,aku memasang earphone di telinga dan mendengar lagu-lagu yang ada di telefonku,sesekali aku turut ikut menyanyi.

Sewaktu mula sampai di bukit putus lagu rancak yang menemaniku tadi tiba-tiba sepi!aku menyeluk telefon bimbitku,setelah ku periksa ternyata,Rupanya bateri telefonku sudah habis!

"Aduh!adik aku la ni tadi dok main telefon,padahal petang tadi full bateri",Rungutku seorang diri di atas motosikal.

Keadaan jalan ketika itu agak sunyi cuma sesekali ada kenderaan lain yang ku lihat melalui jalan bukit putus,Perasaan seram mula naik!dan apabila ada kenderaan lain,hilang sedikit rasa takut.

Sampai di suatu selekoh,bulu roma ku tegak berdiri tanpa sebab!di sebabkan rasa takut,aku memecut dengan lajunya,hingga tiba di suatu kawasan semakin aku memecut motosikalku,semakin berat aku rasakan,Pelik!!

TIBA-TIBA,...

Leherku Seperti di sentuh sesuatu!namun apabila aku menyentuh leherku tiada apa-apa pula,ianya berlaku beberapa kali.

 Degupan jantungku semakin laju!Sekali lagi aku berasa ada sesuatu di leherku,aku pantas memegang leherku namun sesuatu yang amat mengejutkan apabila aku seperti terpegang sesuatu!

"Benda itu semakin memanjang hingga sampai ke dadaku,waktu itu memang aku terasa nak berhenti!ah!!memang gila lah kalau aku berhenti di tempat sunyi begini!

aku memegang benda yang kelihatan menyentuh leher hingga ke dadaku itu,lantas aku melihat benda itu yang agak samar-samar,aku menarik benda itu dan secara spontan juga aku memalingkan wajah ke belakang!

MasyaAllah!!makhluk apakah ini???

Rupanya ada makhluk tanpa badan terbang di atas kepalaku!Serentak dengan itu aku menjerit sakan seorang diri!

Hingga lah,....................................................

"awak dah bangun Joe,."sapa ibu ketika itu,dalam keadaan samar-samar aku dapat melihat wajah ayah ,adik beradikku serta ibuku,Rupanya aku berada di hospital.

Menurut ayah,Dia cuba menghubungiku lagi tetapi tidak dapat,mungkin ayah menghubungiku sewaktu telefon ku telah mati baterinya,dan menurut ayah,dia terpaksa berpatah balik memandangkan dia sudah terlewat dan mungkin ketika itu,kami ada bertembung tetapi kami tidak perasan.

Menurut ayah lagi,seorang pemandu lori yang lain terlihat aku dan motosikal ku jatuh ke jalanraya,dan pemandu itu memberhentikan lorinya lalu menghubungi Ambulans.

"SiapaJilat Tengkuk aku?makhluk apakah yang yang ku temui tadi malam??semua persoalan itu membuatkan aku bertambah bingung

Begitulah kisah yang berlaku kepadaku suatu masa dulu,hanya aku yang melalui perkara sebegini,dan setiap kali ayah mahu bekerja di luar kawasan,maka aku la orang pertama yang akan ingatkan ayah tentang dompetnya!agar aku tak perlu menghantarkan dompet ayah jika ia tertinggal,jika boleh aku tak mahu lagi di jilat "Benda" itu,,"luah Joe sebelum mengakhiri cerita.


Tweet
Kisah Seram Siapa Jilat Tengkuk Aku? Title : Kisah Seram Siapa Jilat Tengkuk Aku?
Description : Media Kisah Realiti Di hujani email-email dari pembaca yang mahu kisah mereka di siarkan serta di kongsi kan buat tatapan semua,terima kasi...
Rating : 5

0 Response to "Kisah Seram Siapa Jilat Tengkuk Aku?"

Sebarang pertanyaan boleh juga komen di sini

← Catatan Terbaru Catatan Lama → Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Senarai Blog Saya

  • Alongxp.com
    Navigating the Wild: How to Use Natural Landmarks for Direction
  • Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi
    Keistimewaan Puasa Sunat di Bulan Muharram
  • HasrulHassan.com™
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
  • Kisah Cikgu ieta
    TIDAK JAGA ADAB TIDAK DAPAT JAGA AKIDAH
  • Jiwa rOsak
    Permohonan Online Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat BPR
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional
  • Media Blog OhPilihanku
    Cream Been Pink Review, Testimoni, Harga & Manfaat Lengkap

Visitor

Jumlah Paparan Halaman

babab

Back to top!
Copyright 2013 T2uChannel - All Rights Reserved Design by kaki Berita -