Mengimbas kembali peristiwa kehilangan sebuah pesawat MH370 Yang hilang pada 8 Mac lalu Pesawat jenis Boeing 777-200 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadualkan akan mendarat di Beijing,China iaitu pada hari yang sama jam 6.30 pagi.
Pesawat MH370 dilaporkan telah hilang dari radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
imej di dakwa serpihan pesawat MH370 yang di temui di Thailand
Dan berita terkini di terima,satu serpihan kapal terbang bersaiz dua meter lebar dan tiga meter panjang didakwa milik pesawat MH370 ditemui di tepi pantai selatan Thailand,lapor agensi berita Reuters Ketua Daerah Pak Phanang,Tanyapat Patthikongpan berkata, kepingan logam besar menyerupai bahagian pesawat itu ditemui terdampar terdampar di wilayahNakhon Si Thammarat.
"Penduduk kampung menemui serpihan itu dan kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya. -
Reuters
imej pesawat Malaysia Airlines
Sudah pastinya perkhabaran ini amat mengejutkan dan biar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengesahkan nya.
Kehilangan pesawat MH370 juga menjadi topik hangat di seluruh dunia kerana ia hilang tanpa di jejaki.
Apakah benar Serpihan pesawat yang di temui oleh penduduk thailand ini adalah milik MH370?sama sama kita nantikan perkembangan nya.