• About
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Contact

T2uChannel

T2uChannel adalah sebuah blog emajalah yang berkongsi resepi,fesyen,hobi,gadget,artikel menarik,berita dalam dan luar negara,perkembangan artis tanah air dan artis antarabangsa serta review.

  • Home
  • Berita
    • Berita Dalam Negeri
    • berita Luar Negara
    • perniagaan
  • Hiburan
    • artis Tanah Air
    • Luar Negara
  • Lifestyle
    • Review
    • Resepi
    • Tips
  • Panas
    • Viral
    • kisah benar
  • Pereka Laman Web
  • media blog
Home » Resepi » Resepi Puding Pandan Dengan kelapa Yang Menggiurkan

Resepi Puding Pandan Dengan kelapa Yang Menggiurkan

top 2u channel
Add Comment
Resepi
Sabtu, 25 April 2015
Mahukan Juadah minum Petang Yang Ringkas,Mudah Di sediakan Dan Sedap?saya cadangkan Resepi Puding Pandan Dengan kelapa ini untuk di jadikan pencuci mulut,minum petang mahupun Juadah Berbuka Puasa nanti.

Resepi Puding Pandan Dengan Kelapa Yang Menggiurkan ini sudah pasti akan menepati selera anda sekeluarga,sesuai di jadi kan pencuci mulut selepas menjamu hidangan lain.

Sebelum admin kongsi kan resepi ini nak cerita lah sedikit masa zaman-zaman kanak-kanak,masa itu admin kurang jelas dengan maksud pencuci mulut ini,di jadi kan cerita,sewaktu pergi ke sebuah kenduri kahwin,admin terdengar lah perkataan sila lah ambil pencuci mulut ini.

Jadi admin hairan,kenapa kuih yang di suruh ambil itu di panggil pencuci mulut?di dalam hati masa itu,wah bukan main kaya lagi orang ini ya,ada ke dia suruh kita cuci mulut dengan lima biji kuih bahulu besar di dalam plastik itu.

kemudian admin bertanya pada Ibu,kenapa kita kena cuci mulut kita dengan kuih ini?maka Ibu admin pun menerang kan lah,baru lah admin tahu yang pencuci mulut itu adalah hidangan selepas menjamu makanan berat yang lain,nasib baik admin tak gosok kan bahulu besar tu di mulut kalau tidak mahu haru jadi nya,baik tanpa membuang masa mari kita lihat hidangan pencuci mulut pada kali ini.


Puding Pandan Pandan Dengan Kelapa




Bahan-Bahan A :

1 sudu besar serbuk agar-agar
1 sudu besar serbuk gelatin
600 ml air
150 gm gula
3 helai daun pandan

Bahan-Bahan B :

250 ml santan - daripada sebiji kelapa
100 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
1/4 kecil perisa pandan

Bahan-Bahan C :

2 biji putih telur
2 sudu besar gula kastor

Cara Membuatnya :

1. Masukkan bahan-bahan A ke dalam periuk dan jerang di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Kecilkan api dan renihkan sehingga agar-agar dan gula larut.

2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau dari semasa ke semasa sehingga mendidih.

3. Pukul bahan-bahan C hingga berbuih dengan menggunakan pemutar elektrik. Tapiskan adunan agar-agar perlahan-lahan ke dalam adunan putih telur sambil terus diputar sehingga sebati.

4. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam acuan dan biarkan sejuk sedikit sebelum didinginkan dalam peti sejuk sehingga beku.

Sungguh menyelerakan Sekali Resepi Puding Pandan Dengan Kelapa ini,boleh lah anda mencuba nya ya,Selamat Mencuba resepi ini!


Sumber : Oh Pilihanku
Tweet
Resepi Puding Pandan Dengan kelapa Yang Menggiurkan Title : Resepi Puding Pandan Dengan kelapa Yang Menggiurkan
Description : Mahukan Juadah minum Petang Yang Ringkas,Mudah Di sediakan Dan Sedap?saya cadangkan Resepi Puding Pandan Dengan kelapa ini untuk di jadikan...
Rating : 5

0 Response to "Resepi Puding Pandan Dengan kelapa Yang Menggiurkan"

Sebarang pertanyaan boleh juga komen di sini

← Catatan Terbaru Catatan Lama → Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Senarai Blog Saya

  • Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi
    Letupan Gegar Baitulmaqdis: Iran Lancar Serangan Peluru Berpandu
  • HasrulHassan.com™
    Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
  • Alongxp.com
    Holographic Display: The Future of Visual Technology is Already Here in 2026
  • Kisah Cikgu ieta
    TIDAK JAGA ADAB TIDAK DAPAT JAGA AKIDAH
  • Jiwa rOsak
    Permohonan Online Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat BPR
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional
  • Media Blog OhPilihanku
    Cream Been Pink Review, Testimoni, Harga & Manfaat Lengkap

Visitor

Jumlah Paparan Halaman

babab

Back to top!
Copyright 2013 T2uChannel - All Rights Reserved Design by kaki Berita -