• About
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Contact

T2uChannel

T2uChannel adalah sebuah blog emajalah yang berkongsi resepi,fesyen,hobi,gadget,artikel menarik,berita dalam dan luar negara,perkembangan artis tanah air dan artis antarabangsa serta review.

  • Home
  • Berita
    • Berita Dalam Negeri
    • berita Luar Negara
    • perniagaan
  • Hiburan
    • artis Tanah Air
    • Luar Negara
  • Lifestyle
    • Review
    • Resepi
    • Tips
  • Panas
    • Viral
    • kisah benar
  • Pereka Laman Web
  • media blog
Home » Artikel Menarik » Kemana Hilangnya Azam Tahun Baru?

Kemana Hilangnya Azam Tahun Baru?

top 2u channel
2 Comments
Artikel Menarik
Khamis, 31 Disember 2015
Setiap kali tibanya tahun baru,dengan penuh semangat kita pasti akan menanam azam tahun baru,ada yang berazam mahu kurus ada yang berazam mahu meningkatkan lagi kerjaya atau pelajaran ada juga yang mahu kehidupan yang lebih baik untuk tahun baru,dan bermacam-macam azam lagi di tanam untuk menyambut tibanya tahun baru.

kemana hilangnya azam tahun baru?


Sebelum tibanya tahun baru begitu bersemangat sekali dengan azam baru,tetapi apabila tahun baru menjelma maka hilang azam tahun baru yang telah di tanam sebelumnya,Kemana hilangnya azam tahun baru?
Kisah benar kali ini mungkin mampu memberi inspirasi buat kita semua seperti yang di kongsikan oleh seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya di siarkan,biarlah kisah hidupnya sahaja yang di kongsikan buat semua,mari kita ikuti kisah Syamir(Bukan nama sebenar).

Selepas menamatkan SPM aku menganggur lebih kurang setahun,keputusan sijil pelajaran malaysia yang ku ambil telah gagal,kecewa juga ibu dan ayahku,namun aku tak berapa kisah pun.

Setahun aku menganggur dengan melepak sana sini tak tentu arah,pulang rumah dua tiga pagi,bangun tidur bila matahari sudah tegak atas kepala,bangun tidur aku cari makanan kemudian sambung tidur atau paling tidak aku menonton tv sambil menunggu malam menjelma untuk aku teruskan aktiviti melepak.

Suatu hari aku di ajak oleh seorang rakan sekampung ku yang telah bekerja di sebuah kilang,di sebabkan ibu dan ayah asyik membebel kepadaku maka aku pun mengikuti saja rakanku bernama sudin.

tak sampai tiga bulan aku telah berhenti kerja kerana tak tahan kerja sebagai operator sedangkan rakan-rakan sekerja ku begitu bersemangat sekali bekerja di situ,masa itu hendak pulang ke kampung sah-sah ibu dan ayahku akan membebel,maka aku pun mencari kerja di sekitar kawasan rumah sewa bersama rakan ku sudin,untung sudin bagi aku peluang untuk tinggal bersamanya,jika tidak entah kemana aku mahu tinggal.


Setelah berhenti kerja kilang aku bekerja di sebuah kedai makan,kerjanya sangat senang iaitu hanya mengambil order,sehari gajiku Rm30 bekerja dari jam 4 petang hingga 2 pagi.

Kiranya agak besar jugalah gajiku ketika itu kerana aku menumpang dengan sudin di bilik dalam rumah sewanya dan makan minum pula percuma di tempat kerjaku,tetapi sikapku yang agak boros membuatkan aku sering tidak cukup wang!

Selamat Tahun Baru 2016


Aku berkenalan dengan rakan baruku di tempat kerja,namanya edi,yang yang juga bekerja sebagai pelayan sepertiku,hampir setiap hari sebelum masuk ke tempat kerja pasti edi akan mengajakku untuk bertemu gadis-gadis yang di kenali,nama pun jumpa dan keluar dengan gadis-gadis tidak sah jika tak keluarkan wang!malu beb!

Keadaan itu berterusan selama satu tahun!tetapi akaun di bank ku hanya ada baki Rm18 sahaja iaitu sama dengan baki ku sewaktu berhenti kerja di kilang dulu,aku langsung tidak membuat simpanan.

Tahun baru bakal menjelma tidak lama lagi,aku mula memasang azam tahun baru untuk lebih bersemangat bekerja dan menyimpan wang,Kata tidak di kota lepas seminggu sambut tahun baru aku bagai lupa apa yang aku azam kan  sebelum menyambut tahun baru.

Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu,baki akuan ku kurang beberapa sen Rm19 adalah naik juga beberapa sen dari sebelum ini namun apa yang mampu ku beli dengan rm19 itu??

Macam tahun sudah aku enjoy tanpa membuat simpanan wang ke dalam bank,Tahun baru bakal muncul lagi,aku pasang lagi niat dan azam tahun baru,akhirnya pada umurku 25 tahun baru aku sedar bahawa aku sudah banyak menghabiskan tenaga untuk bekerja dan wang yang ku perolehi hasil dari bekerja tanpa menyimpan!

Rakan ku Sudin yang telah membuatkan aku membuka mata seluas-luasnya,apabila dia menyatakan hasratnya untuk berkahwin dan membuka perniagaan keci hasil dari wang simpanannya,sudin tidak hanya kerja kilang tetapi dia menjual burger pada sebelah malamnya,adakalanya jika dia overtime di kilang dia akan mengupah orang yang dia percayai,maka tidak mustahillah wang simpanannya begitu banyak!

Aku?haya habuk saja yang berada di dalam poket seluar dan dompet,tiada wang yang masuk kebanyakkannya hanya keluar saja sebab itulah dompetku tiada haruman wang kertas di dalamnya.

Aku menjadi runsing kerana di usia 25 tahun ini aku belum punya apa-apa,penyesalan ke atas diriku,seandainya aku menyimpan dan bekerja bersungguh-sungguh pastinya waktu ini aku sudah mampu membeli kereta paling tidak pun motor seperti rakan yang lain,malah awek pun tiada,yang ada gadis-gadis untuk berhibur dan melepak saja.

Kini aku tekad!aku niatkan di dalam hati tahun baru yang bakal tiba umurku semakin meningkat ini,aku harus bekerja keras dan membuat simpanan wang,Alhamdulillah berkat dari ingin berubah ke arah kehidupan yang lebih baik aku mampu mengawal hati.

Aku berhenti kerja di kedai makan itu,dan di sebabkan aku sudah pandai memasak hasil dari tunjuk ajar rakan ku yang kerja sebagai chef di tempat kerja lamaku,aku kini bekerja di sebuah restoren juga,kali ini aku bukan lagi sebagai pelayan tetapi sebagai tukang masak dengan gaji Rm1300 sebulan.

Masa bekerjaku cuma 7 jam sahaja maka waktu selebihnya aku membuat produk makanan dan menghantarkan ke kedai-kedai untuk di jual,Syukur Alhamdulillah beberapa tahu kemudiannya wang simpananku semakin banyak.

Aku memutuskan untuk pulang ke kampung dan mendapat idea untuk membuat khidmat katering,kebetulan waktu itu keluargaku memang mempunyai sebuah van buruk,dengan van buruk itulah aku bermula,jika ada kenduri atau majlis pasti ada yang mendapatkan khidmatku,jika tiada majlis atau kenduri seperti biasa aku akan membuat lauk pauk dan di jual di sekitar kampung dan pekan.

Rezeki melimpah ruah,perniagaanku bertambah maju,ibu dan ayah amat berbangga denganku,tahukah anda kini aku sudah pun mempunyai seorang isteri yang comel,dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta dua cawangan restoren dan katering yang telah berjaya ku buka.

Hendak berjaya kita perlu melawan segala perkara negatif,hati mahu kuat,dan tekadkan apa keinginan kita yang sebenar,Aku berjaya hasil dari melihat kegagalan diriku,dan aku berjaya dek kerana kegagalanku yang lepas,bertahun aku membuang waktu,seharusnya aku berterima kasih dengan rakan  sekampung ku itu iaitu sudin kerana walaupun bukan dia menegur diriku tetapi melihat kejayaan dalam hidupnya memberiku inspirasi dan semangat untuk berubah bagi mendapatkan kehidupan yang lebih menjamin masa depan.

Tepat jam 12 malam ini,kita akan meniggalkan tahun 2015 dan 2016 bakal membuka jendela,apakah azam kalian kali ini?apakah azam yang anda tanamkan itu akan anda capai dengan hati yang tekad?dan seterusnya dapat di capai azam itu?

Begitulah kisah Syamir(bukan nama sebenar)yang dulu nya telah banyak membuang waktu,walau bekerja pun tetapi dia tidak menyimpan,maka tiada gunanya juga,akhirnya setelah dia menyedari kesilapan pada dirinya sendiri,kejayaan telah dapat beliau capai hasil dari azam,semangat dan tekad.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua,dan di kesempatan ini Media Kisah Realiti Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 buat semua pembaca budiman,Teruskan Setia Bersama dengan kami.
Tweet
Kemana Hilangnya Azam Tahun Baru? Title : Kemana Hilangnya Azam Tahun Baru?
Description : Setiap kali tibanya tahun baru,dengan penuh semangat kita pasti akan menanam azam tahun baru,ada yang berazam mahu kurus ada yang berazam ma...
Rating : 5

2 Responses to "Kemana Hilangnya Azam Tahun Baru?"

  1. Kharisma Rosalina1 Januari 2016 pada 10:13 PG

    Semangat, terus berjuang dan jangan malas-malasan. Hehe

    http://nuniekkr.blogspot.com/2015/12/fakta-mencengangkan-di-balik-kemeriahan.html

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  2. ohpilihanku1 Januari 2016 pada 1:28 PTG

    Hehe ya betul tu kharisma,Selamat Tahun Baru ya Buat Kharisma,Semoga Kharisma sekeluarga Di Berkati Dan Di Rahmati,InshaAllah,.Ameen,.

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

Sebarang pertanyaan boleh juga komen di sini

← Catatan Terbaru Catatan Lama → Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Senarai Blog Saya

  • Alongxp.com
    Navigating the Wild: How to Use Natural Landmarks for Direction
  • Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi
    Keistimewaan Puasa Sunat di Bulan Muharram
  • HasrulHassan.com™
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
  • Kisah Cikgu ieta
    TIDAK JAGA ADAB TIDAK DAPAT JAGA AKIDAH
  • Jiwa rOsak
    Permohonan Online Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat BPR
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional
  • Media Blog OhPilihanku
    Cream Been Pink Review, Testimoni, Harga & Manfaat Lengkap

Visitor

Jumlah Paparan Halaman

babab

Back to top!
Copyright 2013 T2uChannel - All Rights Reserved Design by kaki Berita -