• About
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Contact

T2uChannel

T2uChannel adalah sebuah blog emajalah yang berkongsi resepi,fesyen,hobi,gadget,artikel menarik,berita dalam dan luar negara,perkembangan artis tanah air dan artis antarabangsa serta review.

  • Home
  • Berita
    • Berita Dalam Negeri
    • berita Luar Negara
    • perniagaan
  • Hiburan
    • artis Tanah Air
    • Luar Negara
  • Lifestyle
    • Review
    • Resepi
    • Tips
  • Panas
    • Viral
    • kisah benar
  • Pereka Laman Web
  • media blog
Home » Artikel Menarik » Kisah Benar » Kisah Pengorbanan Seorang Isteri Buat Suami

Kisah Pengorbanan Seorang Isteri Buat Suami

top 2u channel
Add Comment
Artikel Menarik, Kisah Benar
Jumaat, 1 Januari 2016
Di dalam menempuh alam rumahtangga ada banyak ujian dan dugaan yang harus di pikul bersama,jika salah seorang dari pasangan suami atau isteri yang tidak mampu untuk mengharungi setiap ujian dan dugaan yang mendatang,maka ikatan rumahtangga pastinya akan goyah.

Kisah kali ini berkongsi cerita tentang kisah pengorbanan seorang isteri buat suami yang pastinya meruntun jiwa kita semua.

Sekadar Gambar Hiasan-sumber:Google
Nama ku Aini (nama sebenar di rahsia kan),Aku berkahwin dengan Kamal jejaka yang bertahta di hatiku sejak kami bersekolah lagi,dan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka serta mendapat restu dari kedua ibu bapa kami berdua.

Alhamdulillah,Kehidupan berumah tangga kami berjalan dengan lancar,Suami ku Kamal menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.

Dengan izin Allah S.w.t,kami berdua di kurnia kan cahaya mata lelaki pelengkap kebahagiaan kami berdua,kami berasa sangat bahagia sekali.

Setiap kali selepas solat pasti aku mengucapkan jutaan kesyukuran pada Ilahi kerana mengurnia kan aku seorang suami yang cukup sempurna.

Dugaan mendatang menguji keteguhan hati ini apabila suamiku terlibat dalam nahas jalan raya,akibat dari kejadian itu,suami aku tidak mampu mengerakkan kakinya.

Masih aku ingat lagi selepas dua tahun dari kejadian yang menimpa suami aku,di saat selepas aku selesai menunaikan solat maghrib,suamiku memanggilku dengan lembut sekali.

"Sayang,.abang minta maaf sebab abang tak mampu menjaga sayang,.."luah suamiku dengan nada sebak

Mendengar kan kata-katanya itu,aku cuba untuk memberikan semangat buat dirinya.

"Adakah sayang mampu bersama abang dengan keadaan abang yang begini sayang untuk selamanya?" pertanyaan yang di lontar kan suamiku benar-benar membuatkan aku tersentak.

"Abang,sayang tidak kisah walau apa pun keadaan abang,bukan kah kita berkahwin atas dasar suka sama suka dan di restui,dan ikatan perkahwinan ini bukan hanya untuk kita merasai manis nya bahagia tetapi juga untuk sama-sama melalui perit getir di setiap dugaan yang kita terima" sesungguhnya kata-kata ini benar lahir dari hati dan jiwa ku,sesungguhnya aku amat menyayangi suamiku.

Suatu hari ibu mertua aku datang melawat kami sekeluarga,sewaktu di dapur,ibu mentuaku meluahkan sesuatu pada diriku,.



sekadar foto hiasan


"Aini,mak tak sampai hati melihat kamu begini,apakah kau mampu untuk terus hidup begini,terkejar - kejar bekerja,menguruskan anak,menjaga Kamal suami kau,apakah kau merasakan ini sesuatu yang zalim buat diri mu nak?" soalan dari ibu mentuaku benar-benar menyentuh hati aku,aku langsung tidak terfikir atau berfikir ke arah itu,yang aku tahu aku hanya mahu menjaga suamiku.

"Emak,saya sanggup hidup bersama abang,walau apa jua keadaannya,saya tetap akan bersamanya" balas aku dengan tenang namun di dalam hati betapa sebak nya aku rasakan.

"Aini,mak bukan apa,mak bimbang jika kau berasa tak bahagia,seandainya lah kamu tidak mampu menjaga Kamal anak mak,mak terima seadanya,kerana mak bimbang Aini tak bahagia untuk hari-hari mendatang"balas itu mertua aku kembali.

Maksud dari kata-kata ibu mentuaku seumpama jika aku tidak merasa kan kebahagiaan dan rasa terbeban menjaga suamiku,maka perpisahan adalah jalan nya,Ibu mentuaku tidak bermaksud kan tentang itu kerana aku tahu hati budi nya,dia lah ibu mertua yang terbaik buat diriku.

Aku cuba menyakinkan ibu mertua aku,Alhamdulillah hilang segala kerisauan yang ada di lubuk hatinya.

Setiap kali gaji,aku pasti akan berikhtiar membawa suamiku berubat kakinya,dalam tempoh 9 tahun aku menjaga serta membawa suamiku berikhtiar berubat sehingga wang insuran suamiku habis kepada ikhtiar berubat,di sebab kan tidak mahu berputus asa aku sanggup menggunakan wang gaji ku untuk mengubati kaki suamiku.

Tiada keperluan duniawi yang aku kejar dan mahukan,apa yang ada di dalam hatiku adalah mahu melihat suamiku pulih seperti sedia kala.

Suatu hari yang tak di duga,suamiku sedikit demi sedikit mampu mengerakkan kakinya,aku lah insan pertama yang merasa sangat gembira melihat keadaan itu.

Aku bertambah bersemangat untuk mengubati suamiku di samping Berdoa kepada Allah S.w.t sebanyak-banyaknya agar suamiku pulih seperti sedia kala.

Dengan Izin Allah S.w.t,suamiku pulih,betapa bahagia dan gembira nya aku waktu itu.

"Sayang,.terima kasih kerana sudi bersama abang waktu-waktu abang di timpa musibah,.abang bertuah kerana memiliki isteri yang sangat taat,semoga syurga buat mu sayang" lafaz suamiku selesai kami menunaikan solat.

Suami aku berasa sangat tenang apabila dapat bersolat seperti sedia kala,katanya sebagai tanda kasih dan sayangnya terhadap ku,dia mahu membawa ku ke jalan-jalan yang boleh membawaku ke syurga yang indah.

Aku Bersyukur di kurnia kan seorang suami yang sangat sempurna buat diriku,tidaklah susah untuk menjadi seorang isteri yang taat.


Begitulah kisah Aini yang sanggup berkorban apa saja buat suami tercinta,walaupun suaminya menerima insuran tetapi dia tidak mementing kan dirinya sahaja sebaliknya wang tersebut habis untuk ikhtiar mengubati suaminya itu.

Malah kesetiaan Aini terhadap suaminya Kamal sangat kuat,walau bertahun pun Aini masih mampu bertahan untuk bersama dengan suaminya itu.

Semoga paparan kisah pengorbanan seorang isteri buat suami ini dapat kita jadikan tauladan yang baik,ikatan perkahwinan itu bukan hanya untuk menikmati bahagia dan gembira,malah turut sama-sama menghadapi perit getir ujian dan dugaan.

Media Kisah Realiti akan memaparkan lebih banyak kisah menarik yang boleh di jadikan iktibar dan tauladan,sebelum mengundur kan diri,jika artikel ini bermanfaat sila lah kongsikan artikel ini.

Tweet
Kisah Pengorbanan Seorang Isteri Buat Suami Title : Kisah Pengorbanan Seorang Isteri Buat Suami
Description : Di dalam menempuh alam rumahtangga ada banyak ujian dan dugaan yang harus di pikul bersama,jika salah seorang dari pasangan suami atau iste...
Rating : 5

0 Response to "Kisah Pengorbanan Seorang Isteri Buat Suami"

Sebarang pertanyaan boleh juga komen di sini

← Catatan Terbaru Catatan Lama → Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Senarai Blog Saya

  • Alongxp.com
    Navigating the Wild: How to Use Natural Landmarks for Direction
  • Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi
    Keistimewaan Puasa Sunat di Bulan Muharram
  • HasrulHassan.com™
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
  • Kisah Cikgu ieta
    TIDAK JAGA ADAB TIDAK DAPAT JAGA AKIDAH
  • Jiwa rOsak
    Permohonan Online Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat BPR
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional
  • Media Blog OhPilihanku
    Cream Been Pink Review, Testimoni, Harga & Manfaat Lengkap

Visitor

Jumlah Paparan Halaman

babab

Back to top!
Copyright 2013 T2uChannel - All Rights Reserved Design by kaki Berita -