Waktu bercinta segalanya indah sehingga kadangkala membuatkan kita leka di alam percintaan,Kisah realiti pada hari ini lebih-lebih lagi di zaman yang serba canggih dengan kemudahan smartphone serta gajet lain sangat memudahkan dan mampu membuatkan pasangan yang bercinta hanya berada di alam mereka sendiri.
 |
sekadar foto hiasan -sumber:Google |
Pernahkah ketika kalian membuka aplikasi chat seperti wechat , facebook dan lain-lain?tentu sekali anda pernah melihat status-status yang boleh membuatkan kita berasa pelik dan muak dengan pasangan yang sedang bercinta sakan,antara status-status yang biasa kita lihat seperti :
"Jangan ganggu dia,dia isteriku(padahal belum berkahwin) Hacx by dot dot,."
woi perempuan-perempuan gedik tak payah nak menggatal dengan bakal suami aku(padahal umur baru 15 tahun) Hacx by dot dot"
Kesayangan saya sedang tidur{sambil post photo kekasih) hacx by dot dot,.
Begitulah status yang sering kita lihat,apakah mereka bercinta sehingga sakit mental?jika begitu tak perlu ada rakan-rakan di facebook,wechat mahupun media sosial yang lainnya.
 |
laman sosial -sekadar foto hiasan sumber:Google |
Kerana banyak propa yang di cipta sehingga membuatkan rakan-rakan lain merasa sangat jelak,lebih-lebih lagu status "jangan mesej kekasih saya" ,jika begitu adalah lebih elok mereka yang kemaruk sangat ini padam semua rakan-rakan yang ada,biar hanya kalian berdua sahaja yang ada di dalam akaun laman sosial masing-masing.
Kebanyakan yang membuat status begini adalah mereka yang masih di bawah umur,dan tentunya ini hak masing-masing tetapi apa yang di lakukan dengan memuat naik status sebegini seumpama kera yang tinggal di hutan,Kera pun tahu berkawan dan mencari kawan.
Lebih pelik,sekolah pun belum habis sudah menggatal miang bercinta bagai nak rak,ala hai kasihan sungguh,namun ini lah realiti anak-anak zaman sekarang.
Jika tak boleh berkawan di laman sosial dan hanya mahu chat kekasih anda sahaja adalah lebih baik anda jangan gunakan terus aplikasi laman sosial yang ada.
Sebab akan membuatkan fikiran orang lain betul-betul semak dengan perangai anda yang begitu,orang lain pun bercinta juga tetapi tidaklah seperti mereka-mereka ini,sikit-sikit hacx by,..sikit sikit hacx by jawapannya selamat tingga saja,Remove jenis manusia yang hidup dengan propa begini,pulau kan kerana agak susah untuk berkawan dengan kawan yang jenis otak nya terlalu sempit.
 |
Sekadar foto hiasan-sumber:Google |
Artikel ini di tulis sebagai luahan dari seorang pembaca kepada admin tentang perlakuan kekasih-kekasih yang terlalu kemaruk dan propa di laman sosial.
Ada betul nya juga,admin sendiri pun pernah banyak kali terlihat status yang begini,seumpama laman sosial itu hanya untuk lihat mereka update kisah cinta mereka dan yang lebih propa dengan status hacx by,...
manusia macam-macam ragam kadang - kadang nak tergelak pun ada namun begitulah manusia jika di tegur walau salah tetap kita yang salah.
Jadi kepada adik-adik yang bercinta itu,mak ayah adik-adik masih bertanggung jawab pada adik adik,topup pun mak ayah tanggung kan jadi adalah lebih baik fokus pada pelajaran dahulu,jangan terlalu kemaruk sangat nak bercinta.
Sudah banyak kali juga terlihat status bagai nak rak bercinta,kalau boleh nak menunjuk - nunjuk siap post foto-foto bersama kekasih,kononnya mereka lah romeo and juliet,di akhirnya mereka update status kecewa bagai nak rak selepas menayang cinta mereka bagai nak gila.
Tak malu ke jika begini terjadi?fikir-fikirkan jangan terlalu riak waktu bercinta nak tayang-tayang pada orang lain,bila di takdir kan terputus di tengah jalan,malu tak malu kena tanggung sendiri.