• About
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Contact

T2uChannel

T2uChannel adalah sebuah blog emajalah yang berkongsi resepi,fesyen,hobi,gadget,artikel menarik,berita dalam dan luar negara,perkembangan artis tanah air dan artis antarabangsa serta review.

  • Home
  • Berita
    • Berita Dalam Negeri
    • berita Luar Negara
    • perniagaan
  • Hiburan
    • artis Tanah Air
    • Luar Negara
  • Lifestyle
    • Review
    • Resepi
    • Tips
  • Panas
    • Viral
    • kisah benar
  • Pereka Laman Web
  • media blog
Home » Artikel Menarik » Kisah Benar Wanita Di Uji Waktu Hari Persandingan

Kisah Benar Wanita Di Uji Waktu Hari Persandingan

top 2u channel
1 Comment
Artikel Menarik
Jumaat, 1 Januari 2016
Setiap insan pastinya mendamba kan sebuah perkahwinan dan mempunyai pasangan masing-masing bagi melengkapi hidup sebagai manusia di muka bumi ini,sebagai manusia biasa juga kita tak lari dari terpaksa mengalami pelbagai pengalaman hidup.

Media kisah realiti kali ini berkongsi kisah tentang seorang wanita yang baru berbunga hatinya untuk menempuh alam perkahwinan,apakah yang seterusnya berlaku kepada Mia (identiti sebenar di rahsia kan,Sama-sama kita ikuti kisah ini.

Sekadar  Hiasan- sumber:foto google


Aku mengenali Zain jejaka yang aku kenali sejak zaman sekolah lagi,sewaktu di alam persekolahan memang Zain merupakan seorang pelajar yang nakal!namun selepas tamat bersekolah di takdir kan kami bekerja di tempat yang sama,dan masa itulah kami di lamun cinta.

Hinggalah Zain melamar ku,waktu itu akulah manusia yang paling bahagia sekali,masa kan tidak aku gembira dengan sebuah perkahwinan,kerana ini lah yang aku damba kan lebih-lebih lagi Zain yang sabar melayan perangai ku.

Suatu hari sewaktu aku sedang bersiap memakai pakaian pengantin dan di dandan oleh mak andam,aku menerima khabar kurang baik apabila Zain bakal suami ku yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan kami telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Betapa sedih dan pilu hatiku,malah lebih membuat ku berasa nak pengsan apabila khabar bahawa bakal suamiku Zain yang kemalangan telah meninggal dunia!aku menangis dan menjerit sekuat hatiku!

Tiba-tiba,.

"Bangun nak,..itulah orang sibuk buat hantaran kau boleh tidur senja-senja begini"omel ibu aku,.

Rupanya aku hanya bermimpi!lega hatiku,tetapi dalam masa yang sama akibat dari mimpi buruk tadi terkesan juga hatiku,aku cuba menghubungi bakal suamiku Zain,namun tidak berjawa.
 
"ah!mungkin dia sedang sibuk ketika ini buat persiapan kerana keesokannya kami akan bersanding,lalu aku pun mandi dan membantu apa yang perli untuk majlis kahwin ku esok paginya.



Sekadar Hiasan Sumber Foto :Google


Jam menunjukkan sudah ke angka 2 pagi,namun mata ku gagal di lelap kan,di dalam hatiku perasaan teruja sememangnya ada malah kebimbangan ku juga masih ada sedari senja tadi.

Keesokannya aku di persiapkan oleh mak andam yang aku ambil untuk melancarkan majlis perkahwinanku dan Zain,jam menunjukkan sudah hampir jam 12 tengah hari,namun aku masih gagal menghubungi Zain,Apakah yang berlaku kepada Zain??betapa risau nya hatiku tak terkata,lebih-lebih lagi mengingat kan mimpi senja kelmarin.

Jam menunjukkan sudah ke pukul 1 petang namun kelibat rombongan Zain masih belum muncul,dalam pada aku meninjau-ninjau di luar rumah tiba - tiba telefon aku berbunyi,dan panggilan itu dari nombor telefon Zain sendiri,terketar - ketar aku mahu mengangkat panggilan itu.

Hendak tak hendak aku kuatkan diri kerana aku bimbang jika mimpi ku kelmarin menjadi kenyataan,apabila panggilan itu aku jawab,aku mendengar suara orang lain!sah!memang sah! apa yang aku mimpi kan itu menjadi kenyataan!

aku tak berdaya untuk menjawab lagi panggilan itu,aku hanya membiarkan nya sahaja,tak lama selepas itu telefon aku berbunyi nada dering mesej,lalu aku membuka mesej tersebut.

"Saya minta maaf,saya ubah fikiran,mungkin kita tiada jodoh,maafkan saya,saya tak cintakan awak sepenuh hati,."

Rupanya Mesej itu di kirim oleh Zain yang telah aku sangka kan dia kemalangan seperti di dalam mimpiku kelmarin!ternyata aku silap!

Betapa hancur dan terluka nya hatiku saat aku menatap mesej yang di kirim oleh Zain,mana lagi aku nak letak muka sedangkan berapa ramai yang hadir ke majlis kenduri aku hari ini!


Aku segera memberitahu keluargaku dan setelah itu aku hanya mengurung kan diri di dalam bilik,hanya aku saja yang tahu betapa peritnya hari itu yang aku rasakan sendiri atas perbuatan Zain.

Agak lama juga aku kecewa dan sejak dari itu juga Tiga lamaran orang lain aku tolak mentah-mentah semua gara-gara trauma atas apa yang berlaku,sehinggalah aku menerima pinangan yang ke empat ini,entah bagaimana hatiku terbuka kembali.

Syukur Alhamdulillah ,majlis perkahwinanku berjalan dengan lancar,kini aku mempunyai seorang cahaya mata hasil dari perkahwinan bersama Adam,lebih membuatku terkejut Adam rupanya ada tali persaudaraan dengan Zain.

Menurut Adam,sewaktu hari perkahwinan aku dengan Zain dahulu,dia lah insan yang amat marah dengan Zain kerana mempermain kan aku sebagai wanita,dan sejak dari itu,Adam cuba mendekati aku.

Tak aku sangka pelbagai pengalaman hidup yang aku alami,namun aku harus menerimanya,mungkin ini ujian dan dugaan buat diriku apabila bertemu insan yang salah terlebih dahulu dan pada akhirnya aku dapat mengecap kebahagiaan yang sebenar.

Apabila tiba hari raya aku ada terserempak dengan Zain,namun Zain cuba mengelak dari bertemu denganku,adakah dia merasa malu dengan perbuatan nya itu?


Begitulah kisah yang di kongsikan oleh mia buat semua para pembaca budiman pada kali ini,nantikan artikel menarik seterusnya yang akan di siarkan di Media Kisah Realiti akan datang.
Tweet
Kisah Benar Wanita Di Uji Waktu Hari Persandingan Title : Kisah Benar Wanita Di Uji Waktu Hari Persandingan
Description : Setiap insan pastinya mendamba kan sebuah perkahwinan dan mempunyai pasangan masing-masing bagi melengkapi hidup sebagai manusia di muka bum...
Rating : 5

1 Response to "Kisah Benar Wanita Di Uji Waktu Hari Persandingan"

  1. rainelleagerton4 Mac 2022 pada 1:00 PTG

    Harrah's Reno Casino & Hotel, Reno - MapYRO
    Find 김천 출장마사지 Harrah's Reno Casino & Hotel, Reno (North) location 정읍 출장샵 in 목포 출장안마 Nevada, United States, revenue, 영주 출장샵 industry and 충청북도 출장샵

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

Sebarang pertanyaan boleh juga komen di sini

← Catatan Terbaru Catatan Lama → Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Senarai Blog Saya

  • Alongxp.com
    The 1928 Banana Massacre: When “White Gold” Met State Violence
  • Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi
    Keistimewaan Puasa Sunat di Bulan Muharram
  • HasrulHassan.com™
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
  • Kisah Cikgu ieta
    TIDAK JAGA ADAB TIDAK DAPAT JAGA AKIDAH
  • Jiwa rOsak
    Permohonan Online Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat BPR
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional
  • Media Blog OhPilihanku
    Cream Been Pink Review, Testimoni, Harga & Manfaat Lengkap

Visitor

Jumlah Paparan Halaman

babab

Back to top!
Copyright 2013 T2uChannel - All Rights Reserved Design by kaki Berita -