Setiap insan pastinya tak lari dari melakukan kesilapan dan apabila kita telah menyedari kesilapan yang telah kita buat sudah tentu kita akan berasa menyesal,namun di sebalik sesalan itu sama ada kita di beri peluang atau hilang peluang tidak kita ketahui sehingga kita menghadapi saat itu.
Kisah di sebalik Sesalan seorang suami seperti yang di ceritakan oleh Azrul (bukan nama sebenar)menyingkap kisah hidup beliau sebelum ini,apakah yang telah berlaku di dalam hidup azrul sebelum ini sehingga beliau benar-benar menyesal?tanpa membuang masa mari kita lihat luahan yang bersarang di lubuk hatinya.
 |
foto hiasan |
Suatu ketika dulu,perkahwinan ku bersama isteri sangat bahagia tanpa cacat celanya,segalanya kami hadapi bersama tak kira di masa senang mahupun susah,memang ketika itu aku hanya bekerja biasa biasa sahaja,namun kami tetap hidup bahagia.
Hari demi hari rezeki ku melimpah ruah sehingga lah aku di naik kan pangkat kerana boss di tempatku telah membuat penilaian bahawa aku lah yang paling layak untuk mengganti kan tempat Manager baru di syarikat tempat aku bekerja setelah sekian lama iaitu semasa aku masih belum berkahwin lagi.
Apabila aku mula hidup senang aku mula lihat dunia luar dan mengabaikan isteri ku,seringkali aku memberi alasan kesibukan bekerja kepada isteriku,tanpa banyak soal isteriku tidak pernah bertanya lebih atau buat perangai kepadaku,dia amat memahami diri ku,padahal aku di luar hanya bersuka ria bersama rakan-rakan ku yang lain.
Semakin banyak wang semakin aku buta hati,isteriku di rumah umpama perhiasan semata-mata,aku tidak lagi semesra dulu dengan isteriku,aku pun tidak tahu mengapa aku mula berasa bosan dengan isteriku,padahal isteriku melayan ku dengan begitu baik sekali.
Entah bagaimana suatu hari sewaktu aku demam dan tidak sihat aku hanya berbaring dan tidur sahaja di rumah,tanpa aku sedari gadis-gadis yang di luar sana telah menghubungi ku dan isteriku telah menjawab beberapa panggilan itu.
 |
Sekadar Foto Hiasan |
Sejak dari itu aku melihat perubahan yang ketara pada isteriku,dia hanya banyak mendiamkan diri saja,aku tidak pernah tahu bahawa isteriku ada mengangkat panggilan telefon gadis-gadis yang cuba menghubungiku,aku hanya mengetahui setelah gadis-gadis kenalan ku memberitahu kepada aku tentang bibik,aku agak terkejut juga apabila nian gadis kenalanku memberitahu tentang panggilan telefon itu,menurut nian waktu itu dia menghubungiku namun ada suara wanita yang mengangkat panggilan itu,nian cuba bertanya siapa?tetapi isteriku menipu dengan menjawab bahawa dia adalah bibik aku.
maka nak tak nak aku pun terpaksa lah menipu nian serta gadis lain memandang kan isteriku memberitahu bahawa dia adalah bibik ku,Didalam hatiku berasa geram sekali dengan isteriku,berani betul dia menyentuh telefon bimbit aku!
Suatu hari aku bertengkar dengan isteriku,dia hanya diam membisu tanpa membalas apa-apa,aku pun tidak tahu mengapa aku begitu baran ketika itu sehingga aku menghalau dan sempat lagi aku melafaz kan cerai kepada isteriku.
Maka setelah apa yang berlaku isteriku pulang ke kampung halamannya,sementara aku meneruskan hidup seperti biasa dan waktu itu aku berasa sangat bebas!namun di sebalik kegembiraan kebebasan itu entah mengapa aku tetap berasa sunyi,apa yang telah berlaku kepada diriku?padahal hampir setiap hari apabila habis kerja aku pasti akan bersuka ria dengan gadis-gadis yang aku kenali.
Suatu hari aku jatuh sakit sehingga diriku tidak terurus,agak lama juga aku jatuh sakit sehingga memaksa aku pulang ke kampung,apabila lama aku tidak datang bekerja maka aku terpaksa di berhentikan kerana syarikat tempat aku bekerja perlu kan seorang manager,maka tinggal lah aku di kampung halaman ku.
Di sebab kan sudah lama tidak bekerja jugalah rumah dan kereta aku di tarik kerana gagal melunaskan baki hutang tertunggak,wang simpanan ku semakin menyusut hingga aku hilang arah,apa yang boleh aku lakukan ketika sakit begini?
Waktu itu juga lah ingatanku terhadap isteri semakin menebal,walaupun sudah dua tahun kami berpisah,entah bagaimana hati aku waktu ini sungguh teringat padanya,lalu aku memanggil adik bongsu aku yang kebetulan tinggal di kampung membantu ayah ku sementara adik beradik yang lain bekerja di ibu kota.
Aku meminta adik bongsu aku agar menghubungi bekas isteriku,namun setelah adik aku menghubungi bekas isteriku,aku mendapat khabar bahawa isteriku sudah pun berkahwin dengan orang lain.
Walaupun kami sudah bercerai tetapi sewaktu aku mendengar perkhabaran dari adik aku itu telah timbul satu perasaan cemburu!ya cemburu,aku cemburu kepada bekas isteriku sendiri apabila dia berkahwin dengan lelaki lain.
Maka bermula lah hidup aku dengan hati yang tak tenang,aku tidak boleh terima bahawa bekas isteriku sudah berkahwin lain,bagai nak gila aku rasakan saat itu!apakah aku layak di gelar gila talak?
Ya memang patut aku di gelar gila talak ketika itu kerana tergila-gila kan kembali bekas isteriku,pernah sekali aku sanggup ke rumah bekas isteri aku di kampung halamannya semata-mata mahu memujuknya untuk berkahwin semula dengan aku,namun di tolak bulat bulat oleh bekas isteriku kerana dia sudah pun bersuami baru.
Aku menjadi semakin kurang waras akibat dari tergila-gila kan kembali bekas isteriku,sehingga aku mengalami gangguan mental dan terpaksa menerima rawatan pesakit mental.
Allah masih menyayangi ku,di berikan kepada aku kesihatan dan normal seperti sedia kala,waktu itu aku teringat kembali apa yang telah aku lakukan sebelum itu termasuk mengabaikan isteriku serta menzalimi hatinya.
Memang layak aku mendapat penyesalan sebegini rupa atas perbuatan ku sendiri,walau aku menyesal dan menangis sekali pun aku tak mungkin dapat kembali bersama dengan isteriku kerana dia sudah pun bahagia dengan pasangannya.
Begitulah kisah ringkas seperti yang di ceritakan oleh azrul untuk tatapan kita semua,memang berat apabila setelah melakukan kesilapan dan kemudian kita menyedarinya lantas kita berharap untuk mendapat peluang itu kembali tetapi tiada lagi ruang untuk kita mendapatkan nya kembali,satu penyesalan untuk seumur hidup,maka dari itu kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai insan yang menghargai diri kita,bak kata pepatah menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna lagi